Skip to main content

Dunia

Johor perbaiki 800 lokasi jalan berlubang akibat banjir

Kerja membaiki jalan berlubang terjejas banjir di Johor melibatkan peruntukan sebanyak RM560,000. 

Anggaran Waktu Membaca:
Johor perbaiki 800 lokasi jalan berlubang akibat banjir

Keadaan jambatan di Kota Tinggi yang runtuh akibat banjir kilat, susuli hujan lebat tengah malam 23 Mac, 2025. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Mar 2025 09:24AM Dikemas Kini : 24 Mar 2025 09:26AM
JOHOR BAHRU: - Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula pada Ahad (23 Mac).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata ia melibatkan peruntukan sebanyak RM560,000 (S$169,000) dengan 500 lokasi daripada jumlah itu terletak di daerah Johor Bahru.

"Kerja-kerja pembaikan bermula tengah malam tadi dan bergantung pada keadaan cuaca yang baik bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau jalan rosak di Lebuhraya Pasir Gudang.

Beliau berharap keadaan cuaca adalah baik bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sementara itu, katanya, kerja pembaikan penghubung jambatan di Kampung Felda Air Tawar 1 yang runtuh dan kerosakan struktur jambatan Sungai Layau di daerah Kota Tinggi akan mula dilakukan setelah langkah penyelesaian dikenal pasti oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Sumber : Bernama/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita