Johor mulakan pembersihan pantai susuli tumpahan minyak di SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Aznan Tamin)
JOHOR BAHRU: Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia menyusuli tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, bermula secara rasmi pada jam 9.30 pagi Jumaat (21 Jun).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor Ling Tian Soon berkata syarikat insurans kapal yang terbabit dalam pelanggaran dan mengakibatkan tumpahan itu, sudahpun melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembersihan tersebut dan akan menanggung kos terlibat.
"Kejadian pelanggaran kapal pada Jumaat lalu (14 Jun) di sebuah pelabuhan dalam wilayah Singapura telah menyebabkan tumpahan minyak sebanyak 400 tan.
"Dengan keadaan ombak yang bergelora selama beberapa hari lalu, tumpahan minyak tersebut telah hanyut ke perairan negara kita iaitu di Pengerang dan pada pagi Rabu lalu, kesan tumpahan minyak tersebut ditemukan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia dan telah mencemarkan kira-kira satu kilometer garis pantai di sini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Jabatan Laut dan agensi berkaitan akan memantau kerja-kerja tersebut bagi memastikan kawasan pantai dan permukaan laut yang tercemar dibersihkan dan keadaan kembali seperti biasa.
Encik Ling berkata JAS Johor juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Singapura untuk memastikan insiden pencemaran minyak itu dapat diselesaikan dengan berkesan.
Pada Khamis (20 Jun), beliau dilaporkan berkata JAS Johor giat menjalankan pemantauan susulan kes pelanggaran antara kapal Vox Maxima dari Belanda dengan kapal tangki minyak Marine Honor dari Singapura di Terminal Pasir Panjang.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.