Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor mula dilanda banjir; jumlah mangsa di Kelantan, Pahang meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Pahang mencatatkan peningkatan pada petang Ahad (11 Dis), manakala Segamat menjadi daerah pertama di Johor dilanda bencana itu.

Setakat pukul 4.00 petang Ahad, mangsa banjir di empat negeri yang terjejas merekodkan seramai 1,806 orang.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 657 orang daripada 212 keluarga pada petang Ahad, berbanding 280 mangsa daripada 84 keluarga pada pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan memaklumkan kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Seramai 450 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok (81), SK Kubang Kual (66) dan PPS Putat Tujoh (60).

Di Pahang, 581 orang sudah dipindahkan ke 11 PPS sehingga 4.00 petang Ahad berbanding 537 mangsa di lapan PPS pada 8.00 pagi tadi.

Sekreteriat JPBN Pahang memaklumkan daerah Temerloh mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 382 orang diikuti Lipis (83), Raub (48), Jerantut (39) dan Bera (29).

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan 22 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat pada 12.00 tengah hari pada Ahad menyusuli limpahan air dari Sungai Muar.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan penduduk Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 546 orang daripada 137 keluarga petang Ahad berbanding 599 mangsa daripada 154 keluarga pada pagi tadi.
Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan setakat 3.00 petang pada Ahad, tujuh PPS dibuka di empat daerah iaitu di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman.

Daerah Kemaman menempatkan 279 mangsa banjir, Kuala Nerus (220), Kuala Terengganu (43) dan Setiu (empat).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan