Johor mahu pihak berkuasa bertindak keras terhadap kenderaan asing guna petrol RON95
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan asing yang mengisi petrol bersubsidi RON95.
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, isu kenderaan berpendaftaran asing yang mengisi petrol RON95 sering dibangkitkan rakyat Johor, lapor Sinar Harian.
Begitu juga jelasnya, bagi isu ketirisan subsidi paket minyak masak, sepatutnya ia dimanfaatkan oleh golongan B40 namun telah dieksploitasi oleh warga asing.
"Ia melibatkan pelanggaran peraturan yang merugikan rakyat tempatan dan mengakibatkan penyalahgunaan subsidi.
"Oleh itu kerajaan negeri menyeru KPDN untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang mengambil kesempatan kerana sudah tentu ia memberi kesan kepada negara.
"Kerajaan negeri menyokong usaha kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan undang-undang bagi memastikan subsidi yang diberikan kepada Bangsa Johor tidak terus dieksploitasi oleh warga asing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Johor Bahru, pada Ahad (1 Dis).
Pada 25 November lalu, kerajaan dilaporkan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95.
Tindakan itu, kata Kementerian Ekonomi, adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Hingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 (S$0.60) berbanding negara tetangga seperti Thailand RM5.85 (S$1.80), Indonesia
RM3.38 (S$1), Singapura RM9.02 (S$2.70) dan Arab Saudi RM2.66 (S$0.80).
Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung subsidi RON95 mencecah RM20 bilion (S$6 bilion) pada 2023.
Petrol di Malaysia adalah paling murah berbanding Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, malah di Arab Saudi juga, di mana harga seliter ialah RM2.65 (S$0.80) berbanding Malaysia RM2.05 (S$0.60), seperti dinukil laporan Sinar Harian.
Bagi minyak masak paket pula, pada Januari lalu, media melaporkan tiada sekatan atau larangan kepada warga asing untuk membeli minyak masak paket di kedai runcit, sebaliknya mereka turut tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata, bagaimanapun kaedah jangka panjang sedang dikaji bagi memastikan subsidi minyak peket dinikmati rakyat negara ini sahaja.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.