Johor laksana solat sunat & khutbah khas mohon kemarau segera berakhir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan menyelaras pelaksanaan solat sunat istisqa' dan khutbah khas di setiap daerah bagi mendoakan kemarau yang melanda negeri itu segera berakhir.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata kerajaan negeri memandang serius terhadap keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Beliau berkata pada Selasa (23 Apr) bahawa solat sunat berkenaan telah dilaksanakan oleh pentadbiran daerah Kluang dengan kerjasama JAIJ di Empangan Sembrong.
"Berdasarkan kiraan Indeks Laporan Pemantauan Kemarau (SPI) terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Laporan Pemantauan Kemarau Mac 2024 merekodkan bahawa SPI di Stesen Meteorologi Kluang berada pada skala kering dan sangat kering," katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi miliknya pada Selasa.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.