Johor komited pastikan trafik lancar di Koswe, Linkedua
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berucap pada majlis perasmian JStar Motion Sdn Bhd pada 27 Mei 2023. (Gambar fail: BERNAMA)
KULAI: Kerajaan negeri Johor terus komited memastikan trafik lancar di dua lintasan darat antara Johor dan Singapura.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata masalah kesesakan Tambak Johor di Johor Bahru dan Linkedua, Iskandar Puteri, telah berlarutan sejak berpuluh tahun lamanya dan perlu diselesaikan segera.
“Ia adalah isu yang sangat penting, ia isu warisan dan berlarutan sejak dua hingga tiga dekad lepas. Sebagai Menteri Besar Johor yang baru, objektif saya adalah untuk memastikan isu ini selesai tahun ini.
“Sebab itu ramai rakyat Johor, mereka sering kali dapat lihat saya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, serta Kompleks Sultan Abu Bakar pada pukul 5.00 pagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kilang pembuatan pertama JStar Motion Sdn Bhd di Asean, i-Park@Indahpura di Kulai pada Sabtu (27 Mei).
Beliau berkata ada banyak perkara lain yang juga cuba diselesaikan oleh kerajaan negeri, termasuk menambah baik jalan raya di Johor.
Tambahnya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan meluluskan kira-kira RM500 juta (S$147 juta) untuk fasa satu, untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan.
“Baru-baru ini, pihak kerajaan negeri telah berjumpa dengan Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, yang meluluskan dana tambahan RM40 juta (S$12 juta) untuk jalan raya di Johor.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.