Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor kesan 19 kes tipu menyamar sebagai ejen rumah

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor mengesan 19 kes sindiket penipuan yang menyamar sebagai ejen Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan kerugian melibatkan kira-kira RM122,000 (S$37,130.00), tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mohd Jafni Md Shukor berkata sindiket itu dilaporkan berlaku sejak Julai tahun lalu dan suspek utama dipercayai seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.

Beliau berkata mangsa mendakwa dikenakan bayaran deposit pembelian rumah sebanyak RM500 (S$152) hingga RM5,000 (S$1,522) dan mereka dijanjikan akan mendapat rumah yang dimohon.

“Pada awalnya empat mangsa membuat aduan di kaunter Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bahawa mereka ditawarkan rumah RMMJ dan PPR serta perlu menjelaskan bayaran deposit. 

“Susulan itu, kerajaan negeri membuat laporan polis dan meminta Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat) menyiasat dan mendapati ada 19 laporan polis telah dibuat oleh mangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Turun @ PPR Sri Stulang dan Sri Iskandar hari ini.

Menurut Encik Mohd Jafni lelaki berusia 55 tahun itu didakwa di mahkamah dan beberapa kes lagi akan dituduh ke atas individu terbabit.

Tegasnya kerajaan negeri tidak pernah melantik ejen atau orang tengah bagi permohonan RMMJ dan PPR di negeri ini selain tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan yang boleh dilakukan menerusi portal eRumah atau hadir ke pejabat PKPJ.

Sementara itu, Encik Kamarul Zaman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kes itu.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan