Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor, kerajaan persekutuan bincang isu kesesakan Koswe, Linkedua bulan depan: Osman Sapian

Kerajaan negeri Johor akan bermesyuarat bersama tiga kementerian Malaysia April ini bagi mencari penyelesaian, isu kesesakan yang dihadapi orang ramai di kedua-dua laluan masuk antara Johor Bahru dengan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor, kerajaan persekutuan bincang isu kesesakan Koswe, Linkedua bulan depan: Osman Sapian

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 30 Mar 2019 07:22PM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 07:25PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor akan bermesyuarat bersama tiga kementerian Malaysia April ini bagi mencari penyelesaian, isu kesesakan yang dihadapi orang ramai di kedua-dua laluan masuk antara Johor Bahru dengan Singapura.

Menteri Besar Osman Sapian berkata perbincangan itu akan diadakan bersama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya.

“Saya rasa dalam bulan hadapan kita akan duduk bersama berbincang, kerana selama kita ini hanya hantar surat (kepada kementerian terlibat). Melalui cara itu, memang ada kesannya dan mereka telah memberi peruntukan, tetapi hanya untuk kesan (penyelesaian) jangka pendek dan tiada apa-apa tindakan untuk jangka panjang.

“Jadi kita harap ada perbincangan strategik nanti,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Kembara Sihat 2019 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kempas pada Sabtu (30 Mac).

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad pada 19 Mac lepas yang menyifatkan Malaysia dan Singapura memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan, untuk memudahkan aliran trafik antara kedua-dua negara.

"Memang perlu (jambatan baru) malah saya rasa kerajaan Malaysia tiada masalah dalam perkara ini. Soalnya ialah pemerintah Singapura.

"Ini kerana ia melibatkan dua pihak dan fokus utama buat waktu ini adalah untuk menyelesaikan masalah trafik antara kedua-dua negara," katanya.

Dalam satu catatan Facebook pada 21 Mac sebagai respons kepada kenyataan Dr Mahathir, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong pula menyeru agar lebih banyak "jambatan politik dan muhibah" dibina antara kedua-dua negara jiran itu.

"Mahathir mahu membangunkan lebih banyak jambatan antara Malaysia dengan Singapura. Kos faedahnya juga harus dikaji. Sementara itu, marilah kita membina lebih banyak jambatan politik dan muhibah antara para pemimpin, Anggota Parlimen dan rakyat kita," tulis ESM Goh.

Sumber : Bernama/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan