Skip to main content

Dunia

Johor kembali dilanda banjir, 6 pusat perlindungan sementara dibuka di Segamat

Johor kembali dilanda banjir pada Ahad (28 Dis) melibatkan daerah Segamat, dengan enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 10.00 malam bagi menempatkan 103 mangsa daripada 32 keluarga.
Anggaran Waktu Membaca:
Johor kembali dilanda banjir, 6 pusat perlindungan sementara dibuka di Segamat
Kesemua enam PPS yang dibuka mula beroperasi pada 8 malam tadi susulan paras air sungai yang meningkat. (Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 29 Dec 2025 07:36AM
  • Johor kembali dilanda banjir pada Ahad (28 Dis) melibatkan daerah Segamat, dengan enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 10.00 malam bagi menempatkan 103 mangsa daripada 32 keluarga.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Asman Shah Abd Rahman berkata PPS yang dibuka adalah Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 40 mangsa daripada 12 keluarga, Dewan Serbaguna Kampung Tasek (dua mangsa daripada dua keluarga) dan Balai Raya Kampung Jabi (lima mangsa daripada satu keluarga).
  • Menurut Asman Shah Abd Rahman, dua sungai melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dengan bacaan 20 meter serta Sungai Kesang di Kampung Seri Maamor, Tangkak yang merekodkan bacaan 4.11 meter.
  • Sementara itu, keadaan cuaca di semua daerah di Johor dilaporkan cerah kecuali Mersing yang mengalami hujan.
Dijana oleh AI
JOHOR BAHRU: Johor kembali dilanda banjir pada Ahad (28 Dis) melibatkan daerah Segamat, dengan enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 10.00 malam bagi menempatkan 103 mangsa daripada 32 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Asman Shah Abd Rahman berkata PPS yang dibuka adalah Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 40 mangsa daripada 12 keluarga, Dewan Serbaguna Kampung Tasek (dua mangsa daripada dua keluarga) dan Balai Raya Kampung Jabi (lima mangsa daripada satu keluarga).

"Turut dibuka ialah PPS Balai Raya Kampung Paya Lebar yang menempatkan 16 mangsa daripada enam keluarga, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas (10 mangsa daripada empat keluarga) serta Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli Segamat Kecil yang menempatkan 30 mangsa daripada tujuh keluarga," katanya dalam kenyataan pada Ahad (28 Dis).

Beliau berkata kesemua PPS berkenaan mula beroperasi pada pukul 8.00 malam tadi menyusuli paras air sungai yang meningkat.

Menurutnya lagi, dua sungai melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dengan bacaan 20 meter serta Sungai Kesang di Kampung Seri Maamor, Tangkak yang merekodkan bacaan 4.11 meter.

Sementara itu, keadaan cuaca di semua daerah di Johor dilaporkan cerah kecuali Mersing yang mengalami hujan.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita