Johor kembali cuti hujung minggu Sabtu, Ahad mulai 1 Jan 2025
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan bahawa cuti hujung minggu di negeri Johor ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025, menurut laporan Malaysiakini.
Beliau memaklumkan cadangan berkenaan mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
"Selepas mendapat perkenan dan restu kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Dalam satu catatan di Facebooknya pada Isnin (7 Oct), beliau berkata: "Saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad".
Sebelum ini, Johor sudah beberapa kali mengubah cuti hujung minggunya.
Johor melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad kali pertama pada tahun 1994 ketika mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar.
Bagaimanapun pada 1 Jan 2014, Sultan Ibrahim "mengembalikan tradisi" dengan menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu.
Ia sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi.
Sementara itu, menurut Tunku Mahkota Ismail Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan mufti Johor sudah mengadakan perbincangan berkaitan keputusan terbaru itu.
"Saya juga menitahkan agar Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan mufti negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.
"Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat pada waktunya," tambah Tunku Mahkota Ismail, seperti dinukil Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.