Skip to main content

Dunia

Johor kekal SOP bazar Ramadan, tiada syarat tambahan

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi bazar Ramadan di seluruh Johor kekal seperti tahun-tahun sebelumnya tanpa sebarang syarat tambahan meskipun terdapat penularan kes penyakit tuberkulosis (tibi).
Anggaran Waktu Membaca:
Johor kekal SOP bazar Ramadan, tiada syarat tambahan
Nusa Perintis Ramadan Bazaar Iskandar Puteri. (Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 22 Feb 2026 08:03AM Dikemas Kini : 22 Feb 2026 08:04AM
BATU PAHAT: Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi bazar Ramadan di seluruh Johor kekal seperti tahun-tahun sebelumnya tanpa sebarang syarat tambahan meskipun terdapat penularan kes penyakit tuberkulosis (tibi).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata setakat ini tiada SOP baharu seperti kewajipan pemakaian pelitup muka terhadap penjual dan pengendali makanan di bazar Ramadan.

"Bagaimanapun penjual dan pengendali makanan di bazar Ramadan setiap daerah diwajibkan mendapatkan suntikan tifoid serta menghadiri kursus pengendalian makanan sebelum dibenarkan berniaga.

"Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang ingkar mematuhi SOP sedia ada," katanya selepas menghadiri Program Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Ayer Hitam dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng pada Sabtu (21 Feb).

Encik Tian Soon berkata penguat kuasa JKNJ akan menjalankan pemantauan berterusan di setiap bazar Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan, khususnya berkaitan aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

Selain itu, orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan disaran agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Kementerian Kesihatan merekodkan 503 kes tibi di seluruh negara pada Minggu Epidemiologi kelima 2026 (ME 5/2026), menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,571 dengan Johor merekodkan 233 kes.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita