Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor kekal kubu kuat BN dalam pilihan raya umum M'sia 2018, kata Pengarah Pusat Merdeka

Pilihan raya umum Malaysia besar kemungkinan diadakan antara pertengahan bulan Mac dan April tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pilihan raya umum Malaysia besar kemungkinan diadakan antara pertengahan bulan Mac dan April tahun depan.

Demikian pandangan seorang pengkaji dari seberang yang dikongsi sama dalam satu seminar anjuran ISEAS-Institut Yusof Ishak siang tadi (28 Nov).

Menurut Encik Ibrahim Suffian, negeri Johor akan kekal menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) namun, prestasi parti tersebut mahu pun UMNO bahagian bergantung kepada sejauh mana parti-parti pembangkang dapat bekerjasama untuk memancing undi.

Encik Ibrahim, yang merupakan Pengarah Pusat Merdeka bagi kaji selidik membentangkan tinjauan pendapat para penduduk Johor terhadap landskap politik Malaysia.

(Gambar: BERITAMediacorp)

(Gambar: BERITAMediacorp)

Tinjauan itu dijalankan bagi pihak ISEAS-Institut Yusof Ishak dan melibatkan lebih 2,000 penduduk Johor.

FAKTOR 'HAK MELAYU' PENTING BAGI PENGUNDI MELAYU

Ia mendapati dari segi politik, secara keseluruhannya, 77 peratus rakyat Johor berpuas hati dengan pengurusan kerajaan negeri dan peratusannya konsisten bagi ketiga-tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

Namun dari segi faktor-faktor yang menentukan parti mana mereka akan undi berbeza dari segi kaum.

Bagi pengundi Melayu, faktor "hak Melayu", misalnya memastikan Melayu kekal berkuasa dalam politik dan kerajaan menjadi faktor terpenting.

Ini diikuti faktor urus tadbir kerajaan dan khidmat yang diberikan seperti keupayaan untuk mempunyai kerajaan yang bersih dan bebas rasuah.

Sebaliknya, kaum Cina dan India lebih mementingkan faktor urus tadbir kerajaan dan khidmat yang diberikan, disusuli kelakonan ekonomi.

"Jadi kalau kita lihat, dari segi sentimen atau faktor yang mendorong pengundi memilih parti bukan semata-mata faktor isu seperti isu ekonomi semasa, keadaan kos hidup, mutu kehidupan, tetapi juga sejauh mana parti yang bertanding itu dapat mempertahankan hak kaum mereka.

"Jadi parti-parti ini jika tidak boleh meyakinkan orang Melayu, tidak akan dapat sokongan yang tinggi. Dan ini akan memberi kelebihan kepada BN," Encik Ibrahim memberitahu BERITAMediacorp.

Sebagai kubu kuat BN, Johor dijangka terus berada dalam genggaman BN bagi pilihan raya umum akan datang.

Namun sama ada ia berjaya untuk mengekalkan peratusan undi yang tinggi atau tidak, terletak kepada sejauh mana parti-parti pembangkang mampu bekerjasama untuk memancing undi, misalnya dengan menubuhkan sebuah pakatan pilihan raya.

KEHADIRAN PARTI BARU BOLEH JEJAS UNDI BN

Malah kehadiran parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu yang dipimpin mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad serta beberapa lagi bekas ahli BN mampu juga menjejas undi kepada BN.

"Saya fikir parti Bersatu telah dapat mengikis sedikit sokongan daripada parti UMNO dan BN di kalangan orang Melayu. Tetapi jumlah sokongan yang mereka terima itu tidak dapat dikumpulkan jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS. Dan dengan itu undi Melayu terhadap parti-parti pembangkang ini akan pecah," tambah Encik Ibrahim.

Jika ini berlaku, Encik Ibrahim berkata BN akan terus dapat mengukuhkan kuasanya di Johor.  

Sumber : BERITA Mediacorp/NF/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa