Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor isytihar hari kelepasan am tambahan pada Isnin

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan Isnin ini (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan di Johor sempena sambutan Hari Raya tahun ini.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata dalam kenyataannya: "Atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 24 April 2023 (Isnin), sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya, dan semoga selamat pulang ke kampung halaman masing-masing."

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa, mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat (21 April) atau Isnin sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.

Untuk rekod, sejak 1 Januari 2014, cuti minggu di Johor jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan