Johor hulur bantuan RM300 kepada keluarga terjejas banjir
Setiap keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 (S$92) daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka.
(Gambar: BERNAMA)
SEGAMAT: Setiap keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 (S$92) daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi memaklumkan demikian ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis petang tadi (26 Jan).
”Pada masa yang sama, kalau perlu bantuan (untuk membersihkan rumah) sukarelawan Southern Volunteers akan bantu.
“Setiap keluarga mangsa, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bagi RM1,000 (S$308) dan Insya-Allah, kerajaan negeri akan tambah RM300 (S$92) lagi untuk setiap keluarga,” katanya kepada pemberita hari ini.
Mengulas mengenai situasi banjir di Johor, beliau berkata setakat pukul 4.00 petang tadi, beberapa PPS telah ditutup dan jumlahnya kini berkurangan kepada 53, berbanding 58 PPS yang direkodkan semalam.
"Mangsa banjir juga berkurangan daripada lebih 5,400 kepada 5,111 (4 petang). Segamat masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,468 mangsa daripada 428 keluarga yang menghuni di 17 buah PPS, diikuti Mersing dan Kota Tinggi.
"Alhamdulillah cuaca hari ini agak baik. Sama-sama kita doakan agar keadaan kembali pulih," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.