Skip to main content

Dunia

Johor harap pertemuan PM Muhyiddin, PM Lee akan bawa 'berita positif'

Johor harap pertemuan PM Muhyiddin, PM Lee akan bawa 'berita positif'.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor harap pertemuan PM Muhyiddin, PM Lee akan bawa 'berita positif'

Kenderaan di Koswe Woodlands pada 17 Ogos 2020. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 05:17PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 05:20PM

JOHOR BARU: Johor mengharapkan ‘berita positif’ menerusi pertemuan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, yang dijangka akan membincangkan mengenai pembukaan semula sempadan yang dijadualkan pada awal bulan hadapan.

Menteri Besar Johor Ir Hasni Mohammad berkata, hal itu kerana pembukaan sempadan merupakan agenda berterusan kerajaan negeri, dan pihaknya akan memastikan mereka yang terlibat dalam rentas sempadan itu seperti pekerja, menerima vaksin COVID-19.

“Oleh sebab itu, kita juga akan mempersembahkan kepada kerajaan persekutuan prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan. Ia termasuk pergerakan terhad, walau mereka boleh rentas sempadan, tidak bermakna mereka boleh bergerak di seluruh Singapura.

“Kalau mereka bekerja, maksudnya mereka perlu bergerak dari tempat A dan tempat B, jadi akan ada mekanisme yang boleh dibangunkan untuk kita kawal,” katanya kepada para wartawan dalam sidang media selepas menghadiri ‘Kickstart’ Program Mekar: Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja, kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas tentang tahap keyakinan kerajaan negeri dalam pembukaan semula sempadan ke republik itu, memandangkan kes COVID-19 dilihat meningkat.

Pada 12 April lalu, Menteri Luar Hishamuddin Hussein berkata pembukaan sempadan antara dua negara itu dijangka menjadi agenda perbincangan, menerusi pertemuan antara Encik Muhyiddin dan PM Lee pada awal bulan depan.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita