Johor gesa tindakan tegas terhadap dalang akaun TikTok, hina cemar imej Agong
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap dalang di sebalik akaun TikTok palsu yang menghina dan mencemarkan imej Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata perbuatan menggunakan nama dan memanipulasi wajah Agong menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), serta memuat naik tuduhan palsu dengan menggambarkan gambar menjatuhkan maruah adalah biadab dan merupakan penghinaan serius.
Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja mencemarkan nama baik beliau sebagai Ketua Negara dan Raja Melayu beragama Islam, malah menyentuh sensitiviti umat Islam serta menggugat adab dan tatasusila rakyat Malaysia terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
“Kerajaan Negeri Johor tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
“Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menyebarkan fitnah, kebencian dan penghinaan terhadap institusi diraja,” katanya menerusi catatannya di Facebook.
Beliau berkata kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab itu dan menyeru seluruh rakyat khususnya Bangsa Johor, agar tidak menyebarkan kandungan palsu dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa, sekiranya menemukan sebarang catatan bersifat menghina institusi diraja.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.