Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor galak imam, jemaah ambil dos penggalak ketiga di tengah kenaikan kes COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Johor galak imam, jemaah ambil dos penggalak ketiga di tengah kenaikan kes COVID-19

Anggota jawatankuasa eksekutif Hal Ehwal Agama Islam Mohd Fared Mohd Khalid. (Gambar fail: Bernama)

BATU PAHAT: Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Anggota jawatankuasa eksekutif Hal Ehwal Agama Islam Mohd Fared Mohd Khalid, berkata langkah itu bagi menyekat penularan wabak itu, sekali gus menyokong saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggalakkan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19.

Beliau berkata, tindakan menyekat penularan wabak berkenaan tidak hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu sahaja, sebaliknya perlu dilakukan semua pihak.

“Sebabnya jika golongan tertentu seperti hanya imam dan bilal yang ambil suntikan ini tetapi jemaah tidak, itu yang merisaukan kita.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengambil suntikan berkenaan perlulah terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor mengenai status kesihatan masing-masing,” katanya kepada wartawan.

Pada Isnin lalu, anggota jawatankuasa eksekutif Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon, berkata kes COVID-19 di Johor menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, dengan 401,886 kes dilaporkan sehingga Sabtu (16 Dis).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan