Johor desak kerajaan pusat percepat projek transit ART jelang operasi RTS tahun depan
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi. (Gambar fail: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)
KULAI: Menteri Besar sementara Johor, Onn Hafiz Ghazi menggesa kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek Transit Aliran Automatik (ART) bertingkat di negeri itu. Ini merupakan kali kedua beliau menyuarakan perkara tersebut dalam tempoh dua minggu bagi menggesa kemajuan projek berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa projek ART itu merupakan "penyelesaian jangka panjang yang paling kritikal" buat Johor bagi menampung jangkaan lonjakan pergerakan penumpang di Johor Bahru sebaik sahaja Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS Link) Johor Bahru-Singapura memulakan operasinya yang dijadualkan pada Januari 2027.
Bercakap dalam satu acara di stesen kereta api Kulai pada Selasa (16 Jun) yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, Onn Hafiz berkata walaupun terdapat langkah jangka pendek dan jangka sederhana yang sedang dilaksanakan, ia hanyalah penyelesaian sementara.
Langkah-langkah tersebut termasuk memperluas kemudahan 'pandu dan letak kenderaan', melaksanakan sistem pengurusan trafik pintar, serta menyusun semula pergerakan bas, teksi, dan kenderaan sewa privet di JB Sentral. JB Sentral merupakan hab pengangkutan utama di Johor Bahru.
"Langkah-langkah ini perlu diambil kerana projek utama yang mampu menguraikan kesesakan trafik daripada (RTS) Link masih belum bermula. Oleh itu, ada satu projek yang mesti kita terus beri tumpuan dan segerakan, iaitu projek ART," kata beliau seperti yang dipetik oleh The Star.
Encik Onn Hafiz berkata walaupun cadangan itu telah dibentangkan kepada Kabinet pada tahun 2024, kerja-kerja fizikal masih belum bermula.
"Persoalannya sekarang ialah bilakah projek ini akan bermula? Rakyat Johor mahu tahu bila kita boleh melakukan lawatan tapak bersama-sama untuk projek ini.
"Mengikut pemahaman saya, Surat Setuju Terima (Letter of Award) masih belum dikeluarkan. Malah selepas kerja bermula, projek itu dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk disiapkan," katanya menurut laporan portal berita tempatan, New Straits Times.
Sistem ART biasanya merupakan rangkaian hibrid kereta api-bas autonomi yang bergerak di atas jalan raya. Gerabaknya, yang menggunakan roda getah, dilengkapi sensor yang membolehkan kenderaan tersebut mengikut laluan yang ditetapkan melalui landasan maya.
Sistem ART kini sedang dalam pembinaan di Sarawak dengan sebahagian daripada laluan itu disasarkan untuk beroperasi menjelang akhir tahun 2026.
Mediacorp sebelum ini melaporkan bahawa kekosongan maklumat yang jelas mengenai rancangan rangkaian rel di Johor Bahru meningkatkan kebimbangan terhadap kesesakan yang semakin meruncing di ibu negeri itu menjelang pelancaran RTS Link.
Perkara ini berlaku walaupun Encik Loke pada bulan Mei lalu menyatakan bahawa kerajaan persekutuan meluluskan projek ART bernilai RM10 bilion (S$3 bilion). Terdapat juga kekeliruan tentang bagaimana rancangan rangkaian rel itu akan bergerak maju, ekoran ketidakpastian mengenai sistem operasi yang akan menjadi asas muktamad projek berkenaan.
PERLU DISEGERAKAN
Pada Selasa, Encik Onn Hafiz berkata projek ART itu adalah lebih daripada sekadar "satu lagi projek infrastruktur".
"Saya percaya komitmen dan keutamaan kerajaan persekutuan dalam melaksanakan projek ini akan memberi impak yang amat besar kepada rakyat Johor, terutamanya dalam mengurangkan kesesakan dan meningkatkan mobiliti harian. Ini adalah jenis campur tangan persekutuan yang benar-benar boleh dirasai, dihargai, dan diingati oleh rakyat," katanya.
Encik Onn Hafiz turut membandingkan keadaan itu dengan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Pulau Pinang - yang membawa siling bajet sebanyak RM16.8 bilion dan kini memasuki fasa pembinaan - sambil menyatakan bahawa Johor berhak mendapat "perhatian yang sama" daripada kerajaan persekutuan.
"Kami tumpang gembira untuk Pulau Pinang kerana setiap negeri berhak mendapat infrastruktur pengangkutan awam yang bermutu. Bagaimanapun, kami juga berharap keperluan Johor akan mendapat tahap perhatian dan keutamaan yang sama," katanya.
Pulau Pinang merupakan negeri yang ditadbir oleh gabungan Pakatan Harapan (PH), di mana Parti Tindakan Demokratik (DAP) pimpinan Encik Loke merupakan salah satu parti komponennya. Sementara itu, Johor ditadbir oleh gabungan Barisan Nasional (BN) sebelum pembubaran dewan undangan negerinya pada awal bulan ini. PH merupakan gabungan terbesar dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Acara di Kulai pada Selasa itu berlangsung di sebalik ketegangan perang mulut antara Encik Onn Hafiz dengan ketua DAP, Encik Loke, termasuk pertikaian berkaitan jemputan ke acara-acara rasmi oleh Kementerian Pengangkutan serta penglibatan kerajaan negeri Johor dalam inisiatif pengangkutan persekutuan.
Ia juga menyusuli kenyataan Encik Onn Hafiz semasa pelancaran jentera BN pada 7 Jun lalu, apabila beliau menyatakan bahawa beliau lebih rela melepaskan jawatan menteri besar daripada duduk di meja yang sama dengan DAP.
Minggu lalu, Encik Onn Hafiz menggesa kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan projek ART semasa mengadakan lawatan ke syarikat media Malaysia, Media Prima Berhad.
"Kadang-kadang apabila saya bersuara (mengenai perkara ini), saya dilihat seperti mendesak, tetapi saya mendesak dengan alasan," katanya ketika itu seperti yang dilaporkan oleh media berbahasa Melayu, Berita Harian.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.