Skip to main content

Dunia

Johor cari kaedah terbaik tangani isu rumah tidak terjual, terbiar

Kerajaan negeri Johor akan mencari kaedah terbaik bagi menangani isu lebih 70,000 unit rumah tidak terjual, tidak diduduki atau terbiar di sekitar bandar raya tersebut, kata Menteri Besar Hasni Mohammad.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor cari kaedah terbaik tangani isu rumah tidak terjual, terbiar

Hartanah berhalaman di Johor.

Diterbitkan : 17 Oct 2021 08:51PM Dikemas Kini : 17 Oct 2021 08:54PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor akan mencari kaedah terbaik bagi menangani isu lebih 70,000 unit rumah tidak terjual, tidak diduduki atau terbiar di sekitar bandar raya tersebut, kata Menteri Besar Hasni Mohammad.

Menurut beliau, antara faktor permasalahan tersebut adalah dasar dan syarat baru pemilikan rumah seperti Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Program MM2H yang diperkenalkan pada 2002 merupakan skim visa jangka panjang untuk warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia.

Ia dihentikan buat sementara waktu pada Ogos 2020, tertakluk kepada semakan semula pihak berkuasa.

Sehubungan itu, Encik Hasni berkata antara usaha yang akan dilakukan adalah bekerjasama dengan syarikat hartanah yang terlibat dan memperkenalkan program penyewaan kepada generasi muda. 

"Kita akan berbincang dan bekerjasama dengan ejen hartanah yang mempunyai rekod tentang unit (rumah yang) sudah siap dan tidak terjual, jenis-jenis unit dan kadar sewa yang sesuai. 

"Di bandar raya Johor Bahru, lebih 70,000 unit rumah yang tidak terjual, belum diduduki dan mungkin sudah dijual, tetapi tidak diduduki, ditinggalkan sepenuhnya oleh pemilik.

"Kita tidak boleh berada dalam keadaan sebegini jika mahu menjadi bandar raya yang dinamik," kata beliau. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita