Johor buat laporan polis berkaitan fitnah atas TMJ
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah terhadap Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Ibrahim, yang mendakwa baginda terbabit dalam tuduhan rasuah berjumlah RM20 juta (S$5.8 juta).
Menteri Besar Johor Hafiz Ghazi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan kedaulatan negara.
“Kita melihat perkara ini satu cubaan hasutan jahat dalam menjatuhkan institusi raja dan merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.
“Kerajaan negeri telah membuat laporan polis berkaitan perkara ini dan menggesa pihak berkuasa, untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit menyebarkan hasutan ini,” katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau pada Sabtu (29 Jun).
Pada masa yang sama, Encik Onn Hafiz berharap agar isu itu tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan kedaulatan institusi diraja, yang mampu mengancam keharmonian negeri dan negara selain kerukunan masyarakat pelbagai kaum.
Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial mengenai kenyataan yang mendakwa Tunku Mahkota Ismail terbabit dalam tuduhan rasuah melibatkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Zamri Zainul Abidin, berjumlah RM20 juta (S$5.8 juta).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.