Johor berhasrat bina kereta api automatik atasi kesesakan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)
ISKANDAR PUTERI:Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata, cadangan tersebut sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. untuk dibawa ke kerajaan Persekutuan bagi diperhalusi.
“Di peringkat negeri kita sudah dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor untuk kita laksanakan ART bertingkat sebagai persediaan berdepan peningkatan jumlah pengembara ke Singapura selepas Sistem Kereta Api Laju (RTS) siap.
“Selain itu, Johor Bahru juga memerlukan pelbagai pilihan pengangkutan awam untuk membolehkan pergerakan keluar masuk orang ramai ke bandar raya ini lancar,” katanya kepada wartawan selepas majlis pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama di Malaysia di Iskandar Puteri pada Selasa (16 Apr).
Turut hadir pengasas yang juga Pengerusi Kumpulan Syarikat Handal Indah Lim Han Weng.
Encik Onn Hafiz berkata kerajaan Johor komited melakukan transformasi pengangkutan dengan memperbanyakkan penggunaan kenderaan elektrik termasuk perkhidmatan awam.
“Menerusi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), kita sedang melaksanakan inisiatif untuk memperkenalkan bas elektrik. Itu memang antara agenda kita dalam memelihara alam sekitar untuk tempoh jangka panjang,” katanya.
Sementara itu, Encik Lim berkata Handal Indah, yang merupakan syarikat penyedia perkhidmatan bas, sudah melabur RM80 juta (S$23 juta) bagi membeli 60 unit bas elektrik dan membangunkan infrastruktur pengecasan sendiri sebagai komitmen ke arah kelestarian alam.
Pada majlis itu, syarikat berkenaan turut menerima anugerah Malaysia Book of Records sebagai penyedia perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama di Malaysia.
Perkhidmatan bas yang dilancarkan itu melibatkan tiga laluan termasuk Larkin Sentral, Johor Bahru-Jurong East, Singapura dan Larkin Sentral, Johor Bahru-Boon Lay, Singapura.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.