Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor bentang Belanjawan 2023 pada 1 Dis

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor akan membentangkan Belanjawan Johor 2023 secara langsung pada pukul 9.30 pagi Khamis (1 Dis).

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata belanjawan berkenaan boleh ditonton menerusi saluran televisyen Astro Awani, Facebook rasmi Bernama dan Facebook rasmi beliau.

Encik Onn Hafiz berkata pembentangan belanjawan itu juga boleh diikuti menerusi dua saluran radio iaitu Johor FM dan Best104 (Best FM).

“Insya-Allah, pelbagai insentif menarik menanti Bangsa Johor.

“Sama-samalah kita doakan kelancaran pembentangan belanjawan kerajaan negeri ini, demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya melalui Facebook rasmi beliau pada Rabu (30 Nov).
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan