Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor benarkan buka puasa di surau, masjid

Bagi mengimarahkan lagi kehadiran bulan Ramadan, kerajaan negeri Johor membenarkan jamuan berbuka puasa diadakan di surau dan masjid.

Anggaran Waktu Membaca:

BATU PAHAT: Bagi mengimarahkan lagi kehadiran bulan Ramadan, kerajaan negeri Johor membenarkan jamuan berbuka puasa diadakan di surau dan masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun berkata, hanya 50 orang sahaja dibenarkan.

Beliau turut menjelaskan sekiranya terdapat lebih daripada 50 orang jemaah, pihak pengurusan masjid dan surau perlulah menyediakan makanan bungkus kepada yang hadir.

“Kita nak maklumkan prosedur operasi standard (SOP) untuk berbuka puasa. Setiap masjid boleh buat buka puasa, melainkan lebih 50 orang, mesti berbungkus. Kalau berbuka puasa tidak ramai dalam 20 orang, dibenarkan berhidang.

“Lain-lain SOP untuk aktiviti di masjid dan surau adalah sama seperti sebelum ini, hanya berbuka sahaja kita longgarkan. Solat berjemaah dengan sejadah dirapatkan dan kapasiti jemaah mengikut keluasan masjid,” katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Parit Besar Semerah malam semalam (2 Apr).

Menurut Encik Mohd Fared lagi, aktiviti masak-memasak di surau dan masjid masih tidak lagi dibenarkan termasuklah memasak bubur lambuk - satu tradisi sebelum ini yang kebanyakannya dilakukan di masjid.

“Edaran dan penyampaian bubur lambuk berkenaan dibenarkan diadakan di masjid dan surau, namun hanya memasaknya sahaja tidak dibenarkan serta perlu dilaksanakan di tempat yang lain,” katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan