Johor bakal wujudkan jawatankuasa keharmonian penganut pelbagai agama
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Pelbagai Agama dalam usaha untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor.
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata menerusi Belanjawan Johor 2023 iaitu mengeratkan perpaduan bangsa Johor, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM50,000 (S$15,400) untuk menyelaraskan penubuhan jawatankuasa itu.
“Menyedari kepentingan untuk mengekalkan perpaduan di Johor, maka kerajaan negeri telah mempertimbangkan untuk mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Pelbagai Agama Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM50,000 (S$15,400).
“Jawatankuasa ini akan menjadi platform perbincangan dan melaksanakan program yang bertujuan untuk mengharmonikan perpaduan Bangsa Johor.”
Beliau berkata demikian ketika berucap untuk membentangkan Belanjawan Johor 2023 di mesyuarat keempat persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri, pada Khamis (1 Dis).
Ini merupakan kali pertama Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu membentangkan belanjawan sebagai Menteri Besar Johor.
Dalam memastikan kerohanian dan kebajikan masyarakat Tiong Hua, India dan lain-lain lagi, Encik Onn Hafiz berkata kerajaan negeri Johor turut memperuntukkan RM12 juta (S$3.7 juta) untuk tujuan pembangunan kerohanian serta kebajikan masyarakat Tiong Hua, India dan lain-lain.
Selain itu, kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIJ) Johor memperuntukkan sejumlah RM9.4 juta (S$2.9 juta) bagi penyelenggaraan dan baik pulih bangunan serta peralatan dan perabot sekolah-sekolah agama di seluruh Negeri Johor, tambah beliau.
Bagi memastikan umat Islam di Johor dapat mengimarahkan masjid dan surau dalam keadaan yang selesa dan kondusif, Encik Onn Hafiz berkata sejumlah RM2.7 juta (S$830,000) diperuntukkan bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan masjid serta surau selain peruntukan RM2.3 juta (S$710,000) bagi pembangunan dan penyelenggaraan tanah perkuburan Islam di Negeri Johor.
Encik Onn Hafiz berkata kerajaan negeri Johor turut menyasarkan 1,200 huffaz yang dihasilkan daripada Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan madrasah swasta dengan peruntukan RM1.3 juta (S$400,000) bagi menampung kos pengajian 200 orang bakal huffaz di MARSAH.
Selain itu, menerusi Program Intervensi Tahfiz 2023, sebagai tambahan kepada dana daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kerajaan Negeri melalui Perbadanan Islam Johor memperuntukkan RM75,000 (S$23,000) yang menyasarkan 450 pelajar tahfiz untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.