Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor arah sekolah tangguh sementara aktiviti luar bilik darjah ekoran cuaca panas

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA TINGGI: Negeri Johor mengarahkan pihak sekolah menangguhkan sementara semua aktiviti luar bilik darjah ekoran cuaca panas yang melanda negara pada waktu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh berkata arahan berhubung perkara itu dikeluarkan kerajaan negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dua hari lalu.

Beliau berkata aktiviti luar seperti merentas desa dan sebagainya perlu ditangguhkan bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini berlaku.

“Di Johor, saya sudah memaklumkan kepada JPNJ agar semua program luar melibatkan sukan dan sebagainya ditangguhkan sementara.

“Kita tidak mahu ambil apa-apa risiko dengan keadaan cuaca panas ketika ini dan memandang serius kerana mahu mengelakkan daripada kes (strok haba) berlaku di Johor,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana 2023 di Dewan Felda Lok Heng Barat pada Ahad (7 Mei).

Bagaimanapun, Cik Norlizah berkata bagi sekolah yang ingin meneruskan aktiviti luar berikutan ia sudah lama dirancang, perlu memaklumkan kepada JPNJ terlebih dahulu untuk dinilai.

“Setakat ini tiada sekolah yang ingin meneruskan aktiviti luar, tetapi bagi sekolah yang hendak buat juga perlu maklum kepada JPNJ terlebih dahulu.

“Kita akan lihat dahulu sama ada boleh atau sesuai untuk dibuat berdasarkan keadaan cuaca di sesuatu tempat itu,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia diminta memberi kerjasama dengan menangguhkan aktiviti luar berikutan cuaca panas dan kering berpanjangan.

Beliau berkata aktiviti tersebut termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan