Johor alu-alukan pelabur bina kemudahan kesihatan, perubatan di zon SEZ Johor-SG
Anggaran Waktu Membaca:

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon. (Gambar: Facebook ADUN Parit Yaani Najib Samuri)
BATU PAHAT: Kerajaan negeri mengalu-alukan pemain industri kesihatan dan perubatan antarabangsa melabur di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sekali gus menjadikan sektor itu antara penyumbang utama ekonomi Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata setakat ini terdapat beberapa pihak menunjukkan minat dalam pembinaan kemudahan kesihatan termasuk hospital dan farmasi.
Beliau berkata dengan adanya pelabur luar dalam industri itu menjadikan negeri ini, khususnya kawasan di zon JS-SEZ, sebagai tumpuan dan membantu lokasi berkenaan berperanan sebagai pelancongan perubatan atau lawatan perubatan.
"Sebelum ini, saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han telah ke beberapa negara seperti China, Korea Selatan, Jepun, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar untuk tujuan itu.
"Mereka (pelabur) yakin dengan potensi JS-SEZ ini dan pada masa sama berhasrat melabur di zon berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Jamuan Silaturahim Tahun Baharu Cina di Che Eng Khor Moral Uplifting Society pada Ahad malam (12 Jan), yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.
Jelas Encik Ling lagi, bidang perubatan antara perkara yang termasuk dalam perjanjian JS-SEZ dan kerajaan negeri tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu.
Beliau berkata walaupun bakal dibina hospital swasta daripada pelabur luar, namun kerajaan negeri dan Persekutuan tidak mahu ketinggalan untuk membina kemudahan kesihatan milik kerajaan di zon berkenaan.
"Dua hospital baharu akan dibina dalam waktu terdekat di kawasan JS-SEZ, iaitu Hospital Pasir Gudang dan Hospital Sultanah Aminah 2 dengan dilengkapi kemudahan terkini bagi memberikan perkhidmatan kepada pesakit," katanya.
Sementara itu, Encik Onn Hafiz dalam ucapannya memberitahu tahun ini permulaan era kemajuan pesat untuk Johor setelah termeterainya perjanjian JS-SEZ dengan kemasukan pelaburan berimpak tinggi daripada pelbagai bidang.
Pada 7 Januari lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong menyaksikan pertukaran perjanjian bersama antara Malaysia dan Singapura berkaitan JS-SEZ bersama enam lagi memorandum persefahaman dan satu surat hasrat.

Sumber : Bernama/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.