Johor akan serlahkan produk usahawan tempatan di Dubai
Johor bakal mengetengahkan beberapa produk usahawan tempatan yang berpotensi besar menembusi pasaran dan bertapak di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah (Gambar: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Johor bakal mengetengahkan beberapa produk usahawan tempatan yang berpotensi besar menembusi pasaran dan bertapak di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah.
Menurutnya, ia menyusuli kejayaan tiga syarikat dari Johor iaitu Daily Fresh Foods Sdn Bhd, Power Root Malaysia dan Rushoe Coating and Insulation Sdn Bhd yang sudah lama bertapak di Dubai.
Menurut Encik Mohd Hairi, perkara itu dimaklumkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Mohd Fadly Amri Aliaman pada pertemuan baru-baru ini.
"Usahawan Johor boleh diketengahkan, saya melihat negeri ini ada potensi dan di bawah kepimpinan Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi yang membawa agenda Maju Johor 2030, pasti mahu melihat pelabur di Dubai melabur di negeri ini,” katanya kepada para pemberita hari ini (1 Feb).
Menurut Encik Mohd Hairi, pada pertemuan dengan Encik Mohd Fadly Amri, beliau turut meluahkan hasrat agar usahawan Johor dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana diberikan peluang bertapak di bandar raya berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.