Skip to main content

Dunia

Johor akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba jual minyak subsidi RON95 kepada kenderaan asing

Anggaran Waktu Membaca:
Johor akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba jual minyak subsidi RON95 kepada kenderaan asing

(Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)

Diterbitkan : 05 Apr 2025 09:42PM Dikemas Kini : 05 Apr 2025 09:43PM
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor bersama Kerajaan Persekutuan komited memastikan subsidi bahan api RON 95 hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan yang boleh menjejas hak rakyat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual RON 95 kepada kenderaan asing,” katanya menerusi catatan dimuat naik di Facebook.

Catatan itu dibuat selepas beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han, melakukan pemeriksaan di stesen minyak sekitar bandar Johor Bahru.

Pemeriksaan itu yang turut disertai pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, bertujuan memastikan penjualan petrol RON95 mematuhi peraturan serta tidak disalah guna kenderaan berdaftar asing.

“Dalam operasi ini, kami meneliti pematuhan pengusaha stesen minyak terhadap larangan penjualan RON95 kepada warga asing, serta memastikan harga dikenakan tidak melebihi harga siling RM2.05 (S$0.60) seliter. 

“Had pengisian diesel sebanyak 20 liter bagi kenderaan asing dalam radius 50 kilometer (KM) daripada sempadan turut diperiksa, bagi memastikan peraturan itu dipatuhi,” katanya.

Encik Onn Hafiz berkata usaha itu akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka benar-benar layak sahaja.

Beliau juga menyeru orang ramai memainkan peranan dengan membuat aduan kepada KPDN jika berlaku penyelewengan atau pelanggaran peraturan berkaitan bahan api bersubsidi.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita