Skip to main content

Dunia

John Lee dedah keutamaan & senarai anggota kabinet baru Hong Kong

Anggaran Waktu Membaca:
HONG KONG: Bakal Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee, berkata anggota kabinetnya bersatu dan setia.

Bercakap dalam sidang media pada Ahad (19 Jun) Encik Lee juga berkata kabinetnya memberi tumpuan untuk melaksanakan dasar-dasar dan mentadbir dengan cekap.

Encik Lee akan mula menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif Hong Kong pada 1 Julai menggantikan Cik Carrie Lam.

Beliau mengadakan sidang media itu selepas pemerintah China meluluskan senarai 26 anggota pentadbiran beliau.

Mereka termasuk birokrat veteran, Encik Eric Chan yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha, pegawai kedua tertinggi di Hong Kong.

Encik Paul Chan kekal sebagai Setiausaha Kewangan manakala Encik Paul Lam menggantikan Cik Teresa Cheng sebagai Setiausaha Keadilan.
Sumber : Agensi berita/MA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita