Johari Abdul dilantik Speaker baru Dewan Rakyat M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Johari Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun Johari Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru menggantikan Azhar Azizan Harun.
Encik Johari yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mewakili kerajaan mendapat 147 undi berbanding bekas Menteri Dalam Negeri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang mendapat 74 undi.
Awal dari itu, Encik Mohd Radzi dicalonkan oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin bagi mewakili pembangkang.
Usul pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baru dibuat sebaik sahaja Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 bersidang pukul 10.00 pagi pada Isnin (19 Dis).

Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin berkata beliau menerima surat mencadangkan nama Encik Johari dan Encik Mohd Radzi daripada Encik Anwar dan Encik Hamzah pada 5 Disember 2022.
Oleh kerana terdapat lebih daripada satu cadangan nama, maka undi bersurat oleh semua Ahli Parlimen diperlukan mengikut peraturan mesyuarat 4 (3).
Sebelum ini, Encik Azhar Azizan meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa 18 Disember setelah menyandang jawatan tersebut sejak 13 Julai 2020.
Sementara itu, Encik Johari yang mengangkat sumpah sebaik sahaja pelantikannya oleh Setiausaha Dewan Rakyat berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan yang amat tinggi dan amanah besar kepada negara.
“Sesungguhnya saya berikrar berusaha sedaya dan semampu untuk memenuhi amanah yang diberikan ini, segala pengalaman sebelum ini sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, ahli pernigaan, Ahli Parlimen dan ADUN akan turut membantu dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini,” katanya.
Encik Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani juga memohon semua Ahli Parlimen menghormati kedudukannya sebagai Speaker atas dasar tanggungjawab dan bukan atas kapasiti peribadi.
Beliau juga berpesan agar Ahli Parlimen menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform membina dan menyampaikan pendapat yang molek dan bernas serta menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama berbanding matlamat politik dan peribadi.
Sebaik selesai mengangkat sumpah dan berucap, Encik Johari mempengerusikan mesyuarat dengan meneruskan agenda persidangan iaitu majlis mengangkat sumpah 222 Ahli Parlimen yang memenangi kerusi masing-masing pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15) Malaysia.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.