Joe Biden ucap terima kasih atas limpahan sokongan susuli diagnosis barah
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Presiden Amerika Joe Biden dan mantan Wanita Pertama Jill Biden. (Gambar: Reuters/Joe Biden melalui X)
WASHINGTON: Mantan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika pada Isnin (19 Mei) atas "kasih sayang dan sokongan" mereka selepas beliau didiagnosis dengan barah prostat.
Mantan presiden berusia 82 tahun itu didiagnosis dengan barah prostat "agresif", dan bahawa penyakit itu sudah merebak ke tulangnya.
Ucapan selamat dan doa kemudian mula melimpah ruah, termasuk daripada pesaing politiknya Presiden Donald Trump, mantan naib presiden Kamala Harris dan rakyat biasa Amerika.
"Barah menyentuh hati kita semua. Jill dan saya, seperti ramai di antara kamu, belajar bahawa kita paling tabah di saat-saat kita rapuh," tulis Encik Biden, yang anak lelakinya Beau tumpas kepada barah pada 2015, dalam satu catatan di platform X pada Isnin.
"Terima kasih kerana menguatkan kami dengan kasih sayang dan sokongan," tambah Encik Biden, menurut laporan agensi berita Jerman dpa.
Beliau turut memuat naik gambar dirinya tersenyum ke arah kamera sambil duduk di sebelah isterinya, yang memegang seekor kucing di pangkuannya.
Sejak Ahad, diketahui umum bahawa Encik Biden menghidap barah prostat. Pejabat Encik Biden menyatakan ia adalah bentuk barah yang agresif dan lanjut yang sudah merebak ke tulang, namun keadaan itu boleh dikawal.
Presiden Donald Trump dalam ucapannya berharap agar Encik Biden segera pulih selepas diagnosis diumumkan, begitu juga dengan mantan Presiden Barack Obama dan isterinya Michelle.
"Joe seorang pejuang," kata Cik Harris pula. "Saya tahu beliau akan berdepan cabaran ini dengan daya tahan, semangat juang dan sikap optimis yang sama seperti yang selalu ditunjukkannya dalam hidup dan kepemimpinannya," tambah Cik Harris.
"Saya yakin beliau akan menghadapi cabaran ini dengan tabah dan tenang, iaitu ciri dirinya," tulis Obama di X.
"Kami berdoa agar beliau sembuh dengan cepat dan sepenuhnya."
Encik Obama, yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat dari 2009 hingga 2017 bersama Encik Biden selaku Naib Presiden, turut memuji komitmen Encik Biden terhadap penyelidikan barah.
"Tiada siapa yang sudah melakukan lebih banyak usaha untuk mencari rawatan terobosan bagi barah dalam semua bentuknya berbanding Joe," katanya.
Biden mengetuai program penyelidikan barah berskala besar, "cancer moonshot," yang dilancarkannya pada 2016 ketika beliau menjadi Naib Presiden.
Ini bukan diagnosis barah pertama dalam keluarga Encik Biden. Pada 2015, anak sulungnya Beau meninggal dunia akibat ketumbuhan otak pada usia 46 tahun. Encik Biden kerap berkongsi tentang kehilangan tersebut dalam ucapannya.

Sumber : CNA/Bernama/NK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.