Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Joe Biden rancang minta Kongres luluskan penjualan senjata AS$1.1 bilion kepada Taiwan

Senjata yang dijangka dijual kepada Taiwan termasuk 60 peluru berpandu antikapal dan 100 peluru berpandu udara, lapor Politico.

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden merancang untuk meminta Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan senjata bernilai sekitar AS$1.1 bilion kepada Taiwan termasuk 60 peluru berpandu antikapal dan 100 peluru berpandu udara, lapor Politico pada Isnin (29 Ogos), sambil merujuk kepada sumber-sumber di tengah-tengah ketegangan memuncak dengan China.

China menjalankan simulasi perang terbesarnya di sekeliling Taiwan menyusuli lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan bulan ini. Beijing juga tidak menolak kemungkinan menggunakan kekerasan bagi menuntut pulau berkenaan.

Pada Isnin, China menyangkal aduan daripada Taiwan tentang gangguan berulang oleh dron-dron China yang terbang sangat dekat dengan pulau-pulau yang dimiliki Taiwan sebagai sesuatu yang "tiada apa untuk digembar-gemburkan", sekali gus mendorong Taipei untuk menggelar Beijing sebagai pencuri.

Pentadbiran Presiden Joe Biden dan para penggubal AS menekankan sokongan berterusan kepada pemerintah Taipei, dan terdapat beberapa barangan yang menunggu untuk diluluskan bagi Taiwan, yang mungkin akan diumumkan dalam masa beberapa minggu atau bulan mendatang, lapor Reuters.

Namun demikian, tumpuannya adalah untuk mengekalkan sistem ketenteraan Taiwan dan memenuhi arahan sedia ada - berbanding menawarkan keupayaan baru yang dijangka akan memburukkan lagi ketegangan dengan China, menurut tiga sumber, yang memilih supaya identiti mereka tidak didedahkan disebabkan oleh sensitiviti isu itu.

Rumah Putih tidak segera memberikan respons semasa diminta untuk mengulas berhubung laporan Politico tersebut.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan