Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Joe Biden pertahankan keputusan undur tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan

Presiden Amerika Syarika Joe Biden dengan tegas mempertahankan tindakannya mengundurkan tentera negaranya dari Afghanistan mulai Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Joe Biden pertahankan keputusan undur tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan

(படம்: AFP)

Diterbitkan : 17 Aug 2021 03:19PM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 03:21PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarika Joe Biden dengan tegas mempertahankan tindakannya mengundurkan tentera negaranya dari Afghanistan mulai Mei lalu.

Sesetengah pihak mendakwa tindakan beliau itu membolehkan kumpulan tegar Taliban dengan pantas menguasai Afghanistan.

Presiden Biden berkata kehadiran terus tentera Amerika di Afghanistan setelah kira-kira 20 tahun tidak akan membuat sebarang perbezaan.

"Tidak ada perjanjian untuk melindungi tentera kita selepas 1 Mei. Tidak ada jaminan kestabilan tanpa korban jiwa rakyat Amerika selepas 1 Mei. Hakikatnya hanya ada dua pilihan - mengikuti perjanjian untuk mengundurkan tentera kita atau memburukkan lagi konflik dan menghantar ribuan lagi askar Amerika kembali ke medan pertempuran di Afghanistan untuk dekad ketiga," ujar Encik Biden.

Presiden Biden mengakui kemenangan Taliban lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Taliban mengambil alih kuasa secara rasmi semalam (16 Ogos), menguasai semula ibu kota Kabul, mencetuskan masalah pelarian baru.

Presiden Biden berjanji akan memberi bantuan AS$500 juta (S$679 juta) bagi para pelarian Afghanistan.

Wang itu akan disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa serta agensi-agensi pemerintah. 

Sumber : Agensi berita/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan