Jocelyn Chia sekali lagi perlekeh Malaysia; persoal kenapa The 1975 tidak diburu Interpol
Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak kontroversi kelahiran Singapura, Jocelyn Chia. (Gambar fail: @JocelynChia/Twitter)
KUALA LUMPUR: Jocelyn Chia sekali lagi memperlekehkan Malaysia dalam kenyataan terbaharunya berikutan pembatalan Festival Good Vibes 2023 baru-baru ini disebabkan tindakan biadap kumpulan muzik dari Britain, The 1975.
Menerusi catatan Twitternya, pelawak kontroversi kelahiran Singapura yang kini menetap di Amerika Syarikat, seolah-olah gembira The 1975 'masuk' dalam senarai hitam sama dengannya.
Jocelyn juga seakan-akan mengejek dan bertanya mengapa pihak berkuasa Malaysia tidak membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) seperti yang dilakukan kerajaan itu ke atasnya sebelum ini.
"Selamat datang Matty Healy ke dalam geng budak 'cool' yang kena 'cancel' Malaysia lol," tulis Jocelyn.
"Tapi sebentar... Mana permohonan supaya dia ditangkap dan dijejaki Interpol kerana melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di dalam Malaysia? Adakah Malaysia sudah berlembut hati?" tambah beliau.
Jocelyn seterusnya bertanya jika tindakan tidak diambil ke atas The 1975 kerana mereka 'mat salleh'.
"Tidak mungkin Malaysia berat sebelah, kan?" tanyanya dalam nada sinis.
Pada Jun lalu, Jocelyn dikecam pelbagai pihak kerana menjadikan kes kehilangan pesawat MH370 sebagai modal dalam persembahan komedinya di Amerika.
Kritikan bukan hanya datang daripada pelbagai pihak di Malaysia, lapor Astro Awani. Ia turut dikecam oleh ramai di negara kelahirannya, Singapura.
Kumpulan muzik The 1975 pula dikecam teruk kerana dikatakan memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain berkelakuan lucah dan membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT semasa mengadakan persembahan di Good Vibes Festival di Sepang, pada Jumaat (21 Jul).
Menurut Astro Awani, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) membuat keputusan menyenaraihitamkan kumpulan muzik The 1975 kerana mereka menghina, memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia ketika mengadakan persembahan.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.