Jiran tetangga di M'sia 'berlumba-lumba' hias rumah sempena Hari Raya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: oby.max__/TikTok, iejamurad/TikTok
SELANGOR: Dengan kurang dua minggu lagi sebelum berakhirnya Ramadan, Muslim di seluruh Malaysia sudah mula menghiasi rumah mereka sebagai persiapan bagi menyambut ketibaan Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.
Persaingan antara dua jiran di kawasan kejiranan Taman Ehsan Ibu di Rawang, Selangor menjadi tular baru-baru ini.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok "oby.max__" pada Khamis lalu (6 Apr), pengguna tersebut merakam sejumlah lampu berwarna-warni yang digantung di hadapan halaman rumahnya.
Menerusi video itu, lelaki tersebut mengeluh: "Hai, Alhamdulillah. Saya fikir rumah saya adalah yang paling cantik dengan lampu lap lip."
Kameranya kemudian menghala ke arah rumah jirannya yang terletak bersebelahan, di mana seorang lelaki dilihat sedang menggantung perhiasan di sebuah pagar di luar rumahnya dengan lampu disko dan laser berkelip.
"Nampaknya orang di sebelah rumah juga mahu bersaing!", ujar pengguna TikTok tersebut. "Apakah lampu yang digunakan mereka? Saya tidak tahu. (Ia kelihatan) seperti kelab malam!
"Saya ingat saya sudah menang - mereka (juga) nak menang!"
Kurang sejam kemudian, sebuah video dimuat naik ke TikTok oleh jiran yang disebutkannya sebelum ini.
Dalam video tersebut, pengguna "iejamurad" menujukkan hiasannya seakan-akan suasana di disko, sebelum video tersebut berpaling ke rumah yang kelihatan seperti rumah Oby.
Pengguna TikTok tersebut menambah bahawa dia hanya menggantung lampunya setelah jirannya itu selesai membuat persiapan Hari Rayanya.
Video Oby berjaya memikat 1.8 juta tontonan manakala, video Iejamurad pula memperolehi 715,100 tontonan.
Warga net rata-rata terhibur dengan perkongsian kedua-dua pihak secara serentak, memandangkan video kedua-dua jiran tersebut secara kebetulan dimuat naik berturut-turut bagi para pengguna TikTok.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.