Skip to main content

Dunia

Jimat lagi sedap: Majlis kahwin di Indonesia hidang mi segera

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jan 2024 11:55PM Dikemas Kini : 07 Jan 2024 10:02PM
JAKARTA: Sebuah majlis perkahwinan di Ciracas, Jakarta Timur, menjadi perhatian para pengguna media sosial kerana menghidangkan mi segera kepada tetamu undangan.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, pihak tuan rumah dilihat menghidangkan mi segera pelbagai perisa seperti ayam, bawang, soto dan mi goreng, lapor agensi media Kosmo.

Turut dihidangkan semasa majlis perkahwinan pada 22 Disember lalu itu adalah pelbagai bahan pelengkap juadah tersebut seperti sayur, bakso, sambal dan kicap.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Junhadi Affan, dia mengutarakan cadangan untuk menghidangkan mi segera kepada pasangan pengantin berkenaan.

“Ini adalah menu baharu daripada kedai saya iaitu Indomie. Saya sudah berbincang dengan pasangan pengantin untuk menyediakan 100 bungkus mi segera.

“Saya mencadangkan idea ini kepada mereka kerana belum pernah ada lagi pengantin yang bersetuju sebelum ini,” katanya.

Video yang mendapat hampir 2.1 juta tontonan itu tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Bagus juga kalau saya buat begini nanti kerana dapat berjimat,” kata seorang netizen.

“Kalau di kampung saya, pasti menjadi kecaman jiran tetangga,” kata netizen lain.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita