Jijik! Tikus dalam mesin makanan di sekolah
Para pelajar terperanjat melihat tikus dalam mesin menjual makanan dan minuman di sekolah.
(Gambar hiasan: G. Scott Segler/ Wiki Commons)
FLORIDA: Para pelajar di sebuah sekolah tinggi di Florida terkejut apabila menemui seekor tikus dalam sebuah mesin layan diri (vending machine) yang menjual makanan dan minuman.
Satu klip video yang dirakam seorang pelajar menjadi tular di kalangan para pelajar Sekolah Tinggi Masyarakat Atlantic di Delray Beach, Florida.
Dalam video yang turut ditayangkan di stesen berita WPTV, tikus berwarna cokelat itu kelihatan sebesar pek kecil keropok.
Menurut satu kenyataan Sekolah-Sekolah daerah Palm Beach mesin itu segera ditutup untuk mengelakkan para pelajar daripada terus menggunanya.
Syarikat mesin itu juga dimaklumkan dan sekolah berkenaan mendapatkan khidmat penghapus haiwan perosak.
Seorang pelajar bernama Kael Williams berkata bahawa kejadian itu sangat menjijikkan kerana para pelajar membeli makanan dari mesin itu setiap hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.