JI dakwa bubar: apa langkah seterusnya bekas anggota, pihak berkuasa Indonesia?
Anggaran Waktu Membaca:
Para pemimpin Jemaah Islamiyah mengisytiharkan pembubaran kumpulan itu pada 30 Jun 2024. (Arrahmah/YouTube)
JAKARTA: Dengan para pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) di Indonesia mengumumkan pembubaran kumpulan pengganas itu, pihak berkuasa perlu mendampingi bekas anggota dengan cara yang berbeza sedang mereka terus berjaga-jaga terhadap segmen yang mewujudkan kumpulan pecahan dan ancaman lain.
Ini merupakan pandangan yang dikongsi para penganalisis setelah tular khabar pengesahan oleh 16 anggota kanan JI di satu acara anjuran skuad antikeganasan polis kebangsaan Indonesia, Detachment 88, pada Ahad (30 Jun).

BACA:
JI merupakan kumpulan yang mendalangi beberapa serangan ganas maut di Asia Tenggara, termasuk serangan pengeboman Bali pada 2022, yang meragut nyawa lebih 200 individu.
Satu video yang memaparkan pengumuman tersebut dimuat naik ke akaun YouTube laman Arrahmah pada Rabu (3 Jul).
Dalam video tersebut, 16 pegawai JI dilihat berdiri di pentas. Mereka terdiri daripada Abu Rusdan, seorang ulama militan dan bekas pemimpin JI yang ditangkap di Bekasi pada September 2021 dan Para Wijayanto, yang diberkas pada 2019 kerana merekrut militan dan mengumpul dana untuk Syria. Kedua-duanya masih dalam tahanan.
Pembubaran tersebut merupakan hasil kesepakatan para anggota kanan dengan para pemimpin pondok pesantren yang berkait dengan Jemaah Islamiyah, jelas Abu Rushdan.
Mereka bersetuju untuk kembali ke pangkuan Negara Kesatuan Republik Indonesia dan akan membuat perubahan pada kukurikulum pondok pesantren yang berkait dengan JI agar tiada sebarang bahan yang mengajar ekstremisme.
"Kami juga bersedia untuk terlibat secara aktif dalam merealisasikan kemerdekaan supaya negara Indonesia menjadi sebuah negara maju dan bermaruah...kami bersedia untuk mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa," tambah Abu Rusdan.
Apabila dihubungi, seorang wakil JI memberitahu Mediacorp bahawa anggota-anggota kumpulan tersebut tidak dibenarkan untuk memberi sebarang maklumat sebelum pemerintah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal tersebut.
Reuters pada Khamis melaporkan bahawa Badan Nasional Penanggulangan Terorisme Indonesia (BNPT) enggan mengulas mengenai perkembangan tersebut, tetapi merancang untuk mengadakan satu sidang media tidak lama lagi.
HASIL PERBINCANGAN DALAM KALANGAN PARA ELIT
Dr Noor Huda Ismail, seorang penganalisis pengganasan dan zamil pelawat di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS) berkata pembubaran JI adalah hasil perbincangan dalam kalangan elit JI, termasuk pemimpin mereka yang paling dihormati seperti Abu Rusdan dan Para Wijayanto.
"Di bawah kepimpinan Para Wijayanto, terdapat hampir tiada serangan yang dilaksanakan oleh JI, tetapi pemberkasan ke atas mereka yang terlibat dalam perang Syria dari segi pendanaan, misalnya, masih dijalankan," jelas Dr Noor Huda kepada Mediacorp.
"Mereka yang dipenjarakan kemudian mengadakan dialog intensif antara mereka, dibantu oleh Detachment 88."
JI ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir dengan misi untuk membina sebuah negara Islam di Asia Tenggara. Abdullah meninggal dunia pada 1999 manakala Abu Bakar dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada 2011 atas tuduhan membiayai latihan militan di Aceh. Lelaki berusia 83 tahun itu dibebaskan pada 2021 atas dasar kemanusiaan.
Didakwa mempunyai kaitan dengan Al Qaeda, kumpulan tersebut ditetapkan sebagai pertubuhan dilarang oleh Mahkamah Daerah Jakarta pada 2008 menyusuli beberapa serangan pengganasan oleh individu yang bertindak bagi pihak kumpulan itu.
JI menyaksikan beberapa perpecahan yang menyebabkan pertubuhan yang diasaskan oleh individu-individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai tertingginya. Abu Bakar Bashir sendiri meninggalkan JI dan membentuk Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) pada tahun 2000 sebelum meletak jawatan pada tahun 2008 selepas berlakunya pertikaian dalaman.
HATI-HATI TERHADAP KUMPULAN PECAHAN
Pemerintah masih perlu berwaspada terhadap kumpulan pecahan yang bertindak atas kerelaan mereka sendiri, meskipun JI sudah tiada lagi, kata para pakar.
"Pecahan-pecahan ini melakukan tindakan (keganasan) sendiri. Pengeboman Bali dilakukan tanpa sebarang sokongan daripada anggota utama JI," ujar Dr Noor Huda.
Kumpulan pecahan yang menolak integrasi dengan pemerintah perlu dipantau, katanya. Berdasarkan perbualannya dengan anggota JI, Dr Noor Huda berkata terdapat ribuan ahli pertubuhan sedemikian di seluruh Indonesia.
"Pasti akan ada tentangan daripada mereka. Pembubaran ini hanyalah permulaan, jangan terlalu tergesa-gesa untuk menutup kisah JI," katanya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.