Jho Low, rakan guna AS$13 juta dana 1MDB untuk berjudi di kasino Las Vegas
Anggaran Waktu Membaca:

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar: Jho Low/ Facebook)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia pada Isnin (4 Nov) diberitahu bahawa wang sebanyak AS$13 juta (S$17 juta) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah digunakan untuk berjudi di kasino Las Vegas, Sands LLC di Amerika Syarikat, 12 tahun lalu.
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di Britain, Richard Templeman berkata mereka ialah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, dan rakannya Eric Tan Kim Loong.
Encik Templeman berkata pada 20 Jun 2012, sebanyak AS$41 juta (S$27 juta) dipindahkan daripada Red Granite Capital, sebuah syarikat milik Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Najib Razak, kepada sebuah syarikat yang hanya wujud di atas kertas, iaitu Alsen Chance.
Alsen Chance, yang tidak memiliki sebarang perniagaan sah, digunakan untuk pengubahan wang haram daripada 1MDB dan SRC International Sdn Bhd sebelum dana itu (AS$41 juta) diagihkan kepada pelbagai pihak termasuk syarikat kasino terbabit.
“Sebanyak AS$13 juta (S$17 juta) telah dipindahkan kepada Las Vegas Sands LLC iaitu AS$11 juta pada 10 Julai 2012 yang ditandakan bagi PLAYER NO 3454296 dan AS$2 juta (S$2.6 juta) pada 11 Julai 2012 yang ditandakan bagi TAN KIM LOONG PLAYER NO 4678710.”
“Penyelidikan menunjukkan bahawa Las Vegas Sands LLC ialah sebuah syarikat kasino dan pusat peranginan manakala pada 23 Julai 2012, sebanyak AS$7.35 juta (S$9.7 juta) dan AS$1.3 juta (S$1.7 juta) telah dikreditkan ke akaun Alsen Chance daripada Las Vegas Sands LLC.
"Kesemua bayaran ini ditandakan sebagai 'dana yang perlu dibayar oleh Low Taek Jho' dan 'dana yang perlu dibayar oleh Tan Kim Loong'.
“Nampaknya kesemua dana adalah baki bayaran yang dibuat kepada Las Vegas Sands LLC pada 10 dan 11 Julai 2012 yang mewakili dana yang dipindahkan daripada Red Granite Capital kepada Alsen Chance,” kata warga Britain itu.
Dalam pernyataan saksinya, Encik Templeman yang memiliki pengalaman selama 24 tahun dalam siasatan penipuan rumit dan jenayah kewangan berkata Riza turut menerima wang berjuta-juta daripada Good Star Limited, sebuah syarikat milik Jho Low sejak tahun 2011 dan beliau telah mendapat manfaat daripadanya.
Untuk rekod, pada 2009 dan 2011, Good Star menerima AS$700 juta (S$920 juta) dan AS$330 juta (S$439 juta) daripada 1MDB.
Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan tiga anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy Holdings Limited serta 1MDB Energy (Langat) Limited memfailkan saman terhadap Riza Shahriz serta dua syarikatnya, iaitu Red Granite Pictures Inc dan Red Granite Capital Ltd atas dakwaan menerima dana kira-kira AS$248 juta (S$330 juta) yang disalah guna untuk kepentingan peribadi termasuk membiayai penerbitan filem serta membeli pelbagai hartanah.
Lantaran itu, 1MDB memohon deklarasi bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab menyalahgunakan dana itu dan menuntut agar ia dibayar balik.
Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2021, defendan mendakwa mendapat pinjaman daripada keluarga diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company bagi menerbitkan beberapa filem di Amerika Syarikat.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung pada Selasa (5 Nov).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.