Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jho Low, Nicky Liow belum masuk senarai Notis Merah Interpol

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee, masih belum dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah oleh Interpol (Polis Antarabangsa), kata Ketua Polis Negara Malaysia Acryl Sani Abdullah Sani. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jho Low, Nicky Liow belum masuk senarai Notis Merah Interpol

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 12 Dec 2021 08:13PM Dikemas Kini : 12 Dec 2021 08:17PM

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee, masih belum dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah oleh Interpol (Polis Antarabangsa), kata Ketua Polis Negara Malaysia Acryl Sani Abdullah Sani. 

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuat permohonan Notis Merah itu bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan ke dalam senarai individu dikehendaki.

"Saya akan dapatkan pengesahan dari PJSJ (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan) kerana permohonan Notis Merah dalam Interpol perlu memenuhi beberapa protokol," katanya.

Encik Acryl Sani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low dan Nicky Liow dalam sidang media selepas melawat reruai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini (12 Dis).

Pada November lalu, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low. 

Jho Low menjadi buruan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad manakala pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow, berhubung sindiket Macau Scam.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan