Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jho Low mungkin di Myanmar, kata peguam

Anggaran Waktu Membaca:
Jho Low mungkin di Myanmar, kata peguam

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar fail: Bernama)


SHAH ALAM : Peguam, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.

Menurutnya, pada mulanya Jho Low dikatakan berada di China, Dubai dan Macau, namun Encik Muhammad Shafee dapat merasakan ahli perniagaan itu berada di Myanmar berdasarkan keterangan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan, lapor Sinar Harian.

"Berdasarkan keterangan yang diperoleh daripada Jasmine Loo, Jho Low mendapat perlindungan jeneral tentera di Myanmar selepas berjaya mendapatkan pasport untuk bekas peguam itu.

"Ini kerana dia berjaya mendapatkan pasport untuk Jasmine Loo untuk memasuki Myanmar tanpa pasport Malaysia yang dicop.

"Dia juga mengesahkan bahawa Jho Low yang mengaturkan urusan berkenaan pasport ini," katanya ketika sesi `Media Townhall – Getting The Facts Right, The Untold Stories – 1MDB & Other Cases’ pada Selasa (19 Nov).

Encik Muhammad Shafee menjawab soalan daripada orang awam yang bertanya mengenai di mana keberadaan Jho Low kerana sukar untuk menjejakinya.

Tambahnya, ketika memberi penerangan pada 5 April lalu, Jasmine Loo mendedahkan bahawa dia pernah berdepan masalah dengan junta tentera Myanmar apabila cuba memasuki negara itu pada 2019 selepas pasportnya tidak dicop.

Bagaimanapun katanya, Jho Low kemudian berunding dengan pihak berkuasa Myanmar untuk memberikannya pasport palsu bagi membolehkannya memasuki negara tersebut, seperti dinukil laporan Sinar Harian.

Pada 30 Oktober, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib Razak, 71 tahun, untuk membela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sogokan berjumlah RM2.3 bilion (S$690 juta) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap kesemua 25 pertuduhan di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 2 Disember untuk perbicaraan bela diri.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan