Jho Low, DOJ tandatangani perjanjian baharu bagi tutup kes rampasan aset 1MDB
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Jho Low. (Gambar: AP)
KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sudah menandatangani perjanjian sulit dengan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho (Jho Low), dalam percubaan untuk mencapai penyelesaian menyeluruh - dan mungkin pengakhiran - kepada usaha memperoleh semula aset-aset dan hartanah haram yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perjanjian penyelesaian sejagat itu akan "menyelesaikan buat selama-lamanya tindakan merampas aset sivil, jenayah dan pentadbiran atau prosiding berkaitan pelupusan" aset yang dikaitkan dengan 1MDB, menurut dokumen-dokumen yang dilihat Mediacorp.
Menurut dokumen-dokumen tersebut serta eksekutif yang rapat dengan perkembangan itu, DOJ menandatangani perjanjian sulit dengan peguam keluarga Low dan pemegang amanah kewangan mereka pada awal Jun.
Ia melibatkan penyerahan aset yang sebelum ini dikenal pasti oleh pihak berkuasa serta yang sebelum ini belum dituntut atau diambil oleh agensi-agensi pendakwaan seluruh dunia, di bawah pelan penyelesaian baharu.
Perjanjian itu boleh menutup tirai salah satu kes rampasan aset yang paling panjang kendalianWashington, yang disifatkan oleh Peguam Negara Amerika Jeff Sessions sebagai "kleptokrasi paling teruk".
Perjanjian itu ditandatangani oleh Margaret A. Moeser, Pemangku Ketua seksyen Pengubahan Wang Haram dan Pemerolehan Wang di Jabatan Jenayah DOJ, peguam bagi pemegang amanah kewangan Low dan peguam keluarga Low, Robin Rathmell dari firma Kasowitz Benson Torres.
Perjanjian sulit itu, yang belum didedahkan kepada umum, berkait dengan pengumuman yang dibuat pada Rabu (26 Jun) oleh DOJ, bahawa pihaknya akan memperoleh tambahan AS$100 juta (S$135.87 juta) untuk menyelesaikan kes-kes perampasan harta awam.
Aset-aset tersebut termasuk lukisan Andy Warhol dan Claude Monet, serta deposit kewangan dan hartanah di Singapura dan lokasi-lokasi antarabangsa lain.
Menurut para peguam, perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terlibat pada 3 dan 4 Jun itu, juga melibatkan komitmen sulit lain kepada pemerintah Amerika Syarikat, yang akan meneruskan rundingan penyelesaian dengan rakan-rakan negara lain untuk mencapai huraian menyeluruh kepada skandal yang sudah menyebabkan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dipenjara.
"Seperti yang sudah dibincangkan, Surat Perjanjian Penyelesaian ini mengambil kira pilihan anda bagi Amerika Syarikat menguruskan rundingan dengan Malaysia, Singapura, Switzerland, Perancis dan negara-negara asing lain yang mempunyai perintah sekatan ke atas kebanyakan aset yang dinyatakan di bawah dan dalam Tindakannya, serta menetapkan prosedur untuk melunaskan dan memindahkan hasil pelunasan bersih kepada Malaysia. Ia juga mengambil kira kepentingan bersama kita untuk menyelesaikan sebarang kemungkinan litigasi ke atas aset yang dirujuk di bawah dalam Jadual 1," menurut dokumen tersebut.
Senarai aset dalam salinan yang dilihat Mediacorp bagaimanapun sudah dipadamkan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.