Jho Low dipercayai bersembunyi di Macao, menurut SPRM
Anggaran Waktu Membaca:

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar: Jho Low/ Facebook)
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Malaysia Jho Low, yang diburu atas peranan utamanya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion dolar, dipercayai sedang bersembunyi di Macau.
Demikian menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa (30 Mei), yang mengesahkan laporan awal oleh Al Jazeera.
Al Jazeera memetik jawapan bertulis oleh SPRM berhubung pertanyaannya mengenai keberadaan Low.
"Ini juga disahkan oleh beberapa individu yang melihat Jho Low di Macao," menurut Al Jazeera yang memetik kenyataan SPRM.
SPRM mengesahkan kepada Reuters bahawa ia mengeluarkan kenyataan itu kepada Al Jazeera, namun tidak menjelaskan lanjut. Polis pemerintah Macao tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk memberikan komen.
Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) kerana dipercayai mendalangi kecurian AS$4.5 bilion (S$6.07 bilion) daripada dana negara 1MDB. Dia bagaimanapun secara konsisten menafikan salah laku.
Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Low dipercayai berada di China, namun Beijing menafikan perkara tersebut.
Menurut Al Jazeera, komen SPRM dikeluarkan hanya beberapa minggu selepas penangkapan Kee Kok Thiam diberkas - warga Malaysia yang merupakan sekutu Low dan suspek dalam kes 1MDB, yang dikatakan sudah dihantar pulang dari Macao kerana tinggal lebih masa dari tempoh visanya.
Laporan itu menyatakan Kee mengesahkan kepada SPRM bahawa dia bertemu dengan Low dan serta beberapa lagi suspek 1MDB dalam buruan ketika di Macao.
Low memberitahu Kee "untuk tidak pulang ke Malaysia sebagai saksi dalam kes 1MDB," Al Jazeera memetik kenyataan MACC.
Reuters tidak dapat menghubungi Kee bagi sebarang komen.
SPRM mengesahkan awal bulan ini bahawa seorang sekutu Low, yang tidak dinamakan yang melarikan diri sejak 2018, sudah dihantar pulang oleh pihak berkuasa antirasuah berikutan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.
Polis Malaysia menyatakan pada 2018 bahawa Low dipercayai meninggalkan Macao untuk ke sebuah destinasi yang tidak diketahui, menukil e-mel daripada pihak berkuasa Macao.
Polis Kehakiman Macao ketika itu mengesahkan pihaknya menghantar respons kepada Malaysia tetapi ia "tidak akan mendedahkan maklumat peribadi mengenai kemasukan dan keluar".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.