Skip to main content

Dunia

Jet penumpang Amerika terpaksa lakukan 'gerakan agresif' elak langgar pesawat tentera udara

Anggaran Waktu Membaca:
Jet penumpang Amerika terpaksa lakukan 'gerakan agresif' elak langgar pesawat tentera udara

Sebuah pesawat B-52 Stratofortress tentera udara Amerika di ruang udara ibu kota Albania, Tirana. (Gambar: AFP/Gent Shkullaku)

Diterbitkan : 22 Jul 2025 06:29PM Dikemas Kini : 22 Jul 2025 06:36PM
LOS ANGELES: Sebuah jet penumpang Amerika Syarikat terpaksa melakukan "gerakan agresif" bagi mengelak perlanggaran di udara dengan sebuah pesawat pengebom B-52 milik Tentera Udara Amerika di North Dakota minggu lalu, lapor beberapa media pada Isnin (21 Jul), menurut Xinhua.

Insiden pada Jumaat (18 Jul) berlaku semasa penerbangan Delta Connection yang dikendalikan oleh SkyWest Airlines dari Minneapolis menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Minot.

Menurut laporan The Washington Post, pesawat berkenaan mendapat kebenaran mendarat daripada menara kawalan trafik udara.

Namun, juruterbang terpaksa melakukan "go-around" selepas pesawat B-52 muncul dalam laluan penerbangan.

Sebuah video yang dimuat naik ke Instagram dan disahkan oleh Storyful menunjukkan juruterbang menjelaskan kepada penumpang bahawa pesawat B-52 berada pada laluan yang berpotensi bertembung dengan pesawatnya, menurut laporan itu.

Beliau memohon maaf atas gerakan mengejut dan "agresif" yang perlu dilakukan bagi mengelak perlanggaran di udara, sambil menyatakan bahawa "tiada pihak memaklumkan" mengenai kehadiran pesawat lain.

Sementara itu, Jurucakap Tentera Udara Amerika memberitahu Minot Daily News bahawa pihaknya sedar akan laporan berkenaan dan sedang menyiasat kejadian itu, sambil mengesahkan bahawa sebuah pesawat B-52 dari Pangkalan Tentera Udara Minot - yang terletak kira-kira 20 kilometer di utara Lapangan Terbang Antarabangsa Minot - melakukan penerbangan khas pada petang Jumaat.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita