Jet pejuang terhempas, Tentera Laut Amerika isytihar 2 kru hilang maut
Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Ahad (20 Okt) mengisytiharkan kematian dua kru yang hilang menyusuli nahas jet pejuang di kawasan pergunungan Washington awal minggu ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Dengan berat hati, kami berkongsi berita kehilangan dua anggota Zappers yang dikasihi.
"Keutamaan kami sekarang ialah menjaga keluarga juruterbang yang terkorban dan memastikan kesejahteraan anggota Tentera Laut dan komuniti Growler," kata Pegawai Memerintah Timothy Warburton.
Menurut Tentera Laut, jet EA-18G Growler itu terhempas di timur Gunung Rainier pada Selasa semasa penerbangan latihan rutin.
Pasukan penyelamat, termasuk sebuah helikopter Tentera Laut AS terlibat dalam usaha mencari kru dan lokasi nahas.
Pada Rabu, pegawai mengesahkan bahawa serpihan pesawat telah ditemukan pada ketinggian kira-kira 1,800 meter di kawasan terpencil yang curam dan dipenuhi hutan tebal.
"Kami berterima kasih atas kerjasama berterusan untuk menguruskan usaha mengeluarkan mayat kru terkorban dengan selamat," menurut kenyataan Tentera Laut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.