Jet pejuang Tejas India terhempas di Pertunjukan Udara Dubai; juruterbang terbunuh
Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Sebuah jet pejuang Tejas milik Tentera Udara India (IAF) mengalami nahas semasa Pertunjukan Udara Dubai, lapor Press Trust of India (PTI) pada Jumaat (21 Nov).
Butiran lanjut masih sedang dalam proses pengesahan.
Menurut laporan media antarabangsa, pesawat itu mengalami nahas pada sebelah petang waktu tempatan ketika melakukan penerbangan demonstrasi di acara berprestij Pertunjukan Udara Dubai.
Sementara maklumat tambahan masih ditunggu, IAF telah mengesahkan kejadian itu.
Tentera Udara India menyatakan bahawa ia sedang menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan untuk menyiasat punca nahas tersebut.
Video dari tempat kejadian menunjukkan kepulan asap hitam di belakang landasan udara berpagar.
Pemerintah Dubai berkongsi gambar pasukan bomba memadamkan bangkai pesawat yang terbakar.
Jignesh Variya, 46 tahun, yang menghadiri pameran itu bersama keluarganya, memberitahu Reuters bahawa jet pejuang itu terbang tidak lebih daripada lapan atau sembilan minit dan menyelesaikan dua hingga tiga pusingan sebelum ia terhempas sekitar pukul 2.15 petang (6.15 petang, waktu Singapura).
NAHAS BERLAKU PADA HARI TERAKHIR PERTUNJUKAN UDARA
Ia merupakan nahas kedua yang diketahui bagi jet pejuang generasi 4.5 enjin tunggal, yang dibina oleh Hindustan Aeronautics milik negara itu dan dikuasakan oleh enjin General Electric.
Nahas pertama berlaku semasa latihan di India pada 2024.
Jet buatan India itu, yang namanya Tejas bermaksud "kecemerlangan" dalam Bahasa Sanskrit, dilihat penting untuk usaha India memodenkan armada tentera udaranya yang kebanyakannya terdiri daripada jet pejuang Rusia dan bekas Soviet Union.
Nahas itu berlaku pada hari terakhir pertunjukan udara tersebut, acara penerbangan terbesar di Timur Tengah, yang bermula pada Isnin lalu (17 Nov).
Penerbangan disambung semula lewat Jumaat, kata para saksi, dengan pesawat-pesawat kembali melakukan penerbangan di tapak pertunjukan.
"Jawatankuasa siasatan sedang dibentuk untuk memastikan punca nahas itu," kata Tentera Udara India dalam satu kenyataan. Ia turut mengesahkan bahawa juruterbang jet pejuang itu terbunuh.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.