Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet pejuang latih tentera sambil kejut penduduk Jawa bangun sahur

Angkatan Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) mengumumkan ia akan menyertai tradisi mengejut para penduduk untuk bangun sahur sepanjang bulan Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Jet pejuang latih tentera sambil kejut penduduk Jawa bangun sahur

Angkatan Tentera Udara Indonesia mengumumkan ia akan menyertai tradisi mengejut para penduduk untuk bangun sahur sepanjang bulan Ramadan ini. (Gambar: TNI-AU/Twitter)

Diterbitkan : 10 May 2019 12:48PM Dikemas Kini : 10 May 2019 01:00PM

JAKARTA: Angkatan Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) mengumumkan ia akan menyertai tradisi mengejut para penduduk untuk bangun sahur sepanjang bulan Ramadan ini.

Menulis di laman Twitternya, TNI-AU menyatakan latihan jet pejuang akan dilakukan di beberapa bandar di Pulau Jawa seperti Surabaya di Jawa Timur, Surakarta, Klaten dan Sragen di Jawa Tengah serta Yogyakarta.

"Insyaallah, akan diadakan lagi "tradisi" membangunkan sahur pakai pesawat tempur," menurut catatan tersebut.

"Mereka disarankan supaya tidak berlatih selepas pukul 10.00 pagi bila paras gula dalam darah mula turun pada kadar yang cepat.

"Juruterbang disyorkan tidak mengendalikan jet pejuang ketika paras gula dalam darah mereka rendah," ujar jurucakap itu, seperti dipetik oleh kompas.com.

Beliau turut menjelaskan, mengejutkan para penduduk bangun sahur dan berlatih merupakan satu "misi gabungan".

Menurut laporan itu lagi, pogram latihan menjelang subuh itu dimulakan oleh TNI-AU sejak beberapa tahun lalu dengan menggunakan dua jenis jet pejuang, iaitu F-16 dan T50i. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan