Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet pejuang Israel serang kubu Hamas susuli pertempuran sempadan Gaza

Jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, menyasarkan sasaran-sasaran yang dikaitkan dengan kumpulan Hamas.

Anggaran Waktu Membaca:
Jet pejuang Israel serang kubu Hamas susuli pertempuran sempadan Gaza

Seorang kanak-kanak Palestin dibawa ke hospital selepas menyertai tunjuk-tunjuk perasaan di sempadan Gaza. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 22 Aug 2021 04:16PM Dikemas Kini : 22 Aug 2021 04:18PM

TEL AVIV: Jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, menyasarkan sasaran-sasaran yang dikaitkan dengan kumpulan Hamas.

Ini menyusuli pertempuran antara askar-askar Israel dengan para penunjuk perasaan di sempadan Gaza, awal dari itu.

Keganasan terbaru itu disifatkan yang paling buruk sejak Israel dan Hamas mencapai satu gencatan senjata, tiga bulan lalu.

Seramai 41 orang dilaporkan cedera dalam keganasan terbaru itu, termasuk seorang anggota polis Israel dan seorang budak Palestin berusia 13 tahun yang dalam keadaan tenat.

Menurut tentera Israel, ratusan penunjuk perasaan Palestin cuba memanjat pagar pemisah di Carikan Gaza.

Ada juga yang didakwa melontar bahan letupan ke arah askar-askarnya.

Ia berlaku setelah Hamas menyeru agar diadakan bantahan bagi meraikan ulang tahun pembakaran Masjid Al Aqsa, 52 tahun lalu.

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan