Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet Israel musnahkan ibu pejabat TV di Beirut

Anggaran Waktu Membaca:
Jet Israel musnahkan ibu pejabat TV di Beirut

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Oct 2024 11:16PM Dikemas Kini : 01 Oct 2024 11:18PM
BEIRUT: Jet Israel menyerang ibu pejabat sebuah saluran TV di Beirut pada lewat Isnin (30 Sep). Ini kali pertama institusi media Lubnan disasarkan dalam serangan besar-besaran ke atas negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Menurut wartawan Anadolu, serangan udara Israel meruntuhkan ibu pejabat saluran TV yang menyokong Hezbollah, Al-Sirat, di kawasan pinggir bandar selatan Beirut.

Sebelum serangan, tentera Israel mengarahkan kakitangan saluran TV itu untuk meninggalkan bangunan dan mendakwa lokasi itu digunakan untuk menghasilkan "alat pertempuran".

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Hezbollah menafikan bahawa mereka menyimpan senjata di dalam bangunan-bangunan awam yang diserang oleh jet Israel, termasuk ibu pejabat saluran TV Al-Sirat.

Sejak 23 September, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang didakwa sebagai sasaran Hezbollah di seluruh Lubnan, mengorbankan lebih 1,057 orang dan mencederakan lebih 2,950 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Beberapa pemimpin Hezbollah terbunuh dalam serangan itu termasuk pemimpin utamanya, Hassan Nasrallah.

Hezbollah dan Israel terlibat dalam perang rentas sempadan sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada Oktober tahun lalu.

Masyarakat antarabangsa memberi amaran bahawa serangan Israel di Lubnan boleh mencetuskan perang serantau yang lebih meluas.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan