Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jersi bola keranjang Obama dijual pada harga AS$120,000

 Jersi bola keranjang yang pernah dimiliki oleh mantan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berjaya dijual pada harga AS$120,000 (S$166,288) pada Isnin (19 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Jersi bola keranjang Obama dijual pada harga AS$120,000

Barack Obama, ketika menuntut di Punahou High School, cuba untuk menjaringkan gol dalam sebuah perlawanan bola keranjang pada tahun 1979. (Gambar: HO/ HERITAGE AUCTIONS/AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 10:47AM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 10:48AM

NEW YORK: Jersi bola keranjang yang pernah dimiliki oleh mantan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berjaya dijual pada harga AS$120,000 (S$166,288) pada Isnin (19 Ogos).

Menurut Heritage Auctions, iaitu rumah lelongan dari Dallas yang menjual jersi tersebut, jersi yang memaparkan nombor 23 itu dimiliki Obama ketika beliau berusia 18 tahun dan menuntut di sekolah tinggi Punahou di Hawaii - tempat beliau menetap pada waktu itu.

Jersi tersebut dianggarkan bernilai AS$100,000 (S$138,580) sebelum ia dijual pada sesi lelongan berkenaan.

Obama memang dikenali sebagai seorang peminat sukan bola keranjang dan sering dilihat bermain sukan itu ketika berkhidmat di Rumah Putih, bersama-sama dengan kakitangannya serta beberapa selebriti dan tetamu lain.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan